Bekas simbol seks Bollywood peluk Islam

Pelakon Bollywood terkenal era 90an, Mumta Kulkarni sudah memeluk Islam dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan dunia hiburan.

Mumta kini tinggal bersama suaminya, Vicky Goswami yang juga sudah memeluk Islam di Nairobi, Kenya. Pasangan ini berkahwin pada 10 Mei lalu.

Pada 1997, Vicky pernah ditangkap di Emiriyah Arab Bersatu UAE) kerana kes penyeludupan dadah sebelum dibebaskan pada November tahun lalu.

Vicky kemudiannya memeluk Islam dan mengahwini Mamta ketika dia masih di dalam penjara lagi.

Sewaktu Vicky dalam penjara, Mamta turut bertindak menguruskan perniagaan hotel milik suaminya.

Mamta dikenali sebagai aktres yang seksi ketika aktif berlakon sekitar tahun 90an. Dia menyepikan diri selepas 2002 dan sejak itu menolak banyak tawaran berlakon dan menari.

Memandangkan India agak skeptikal apabila berkaitan Islam, kebanyakan media di sana mengaitkan pengislamannya dan suami ada kaitan dengan pembebasan awal diterima Vicky yang sepatutnya dihukum penjara selama 25 tahun. – mynewshub

Sumber: thenewsfocus.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment