(Video) Tunang separuh bogel

PASANGAN kontroversi Hollywood, Kanye West dan tunangnya, Kim Kardashian sekali lagi menghangatkan dunia hiburan apabila muncul dengan video muzik terbaru, Bound 2.

Video yang pertama kali ditayangkan melalui program ‘The Ellen DeGeneres Show’ semalam menimbulkan pelbagai pandangan daripada orang ramai yang menontonnya.

Ada yang menyifatkannya sebagai indah, namun ada juga yang mengecam video berkenaan kerana menampilkan Kim dalam keadaan separuh bogel dan sedang menaiki motosikal berkuasa besar bersama Kanye.

Ini kerana kedua-duanya sudah mempunyai seorang bayi perempuan, North dan video yang diarahkan oleh Nick Knight ini dikatakan tidak sesuai dengan status mereka sebagai ibu dan bapa.

Bagaimanapun, Kanye membidas elemen lucah atau bogel yang ditampilkan melalui video itu, sebaliknya mengganggap ia mempunyai mesej tersendiri.

Kami rasa mungkin orang yang amat ‘berseni’ sahaja yang dapat melihat mesej lain yang cuba disampaikan melalui lagu itu.

Namun, tidak menghairankan jika selepas ini pasangan ini akan terus mencetuskan kontroversi hangat bagi menaikkan nama mereka selepas ini.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment