(Gambar) Wanita bogel dalam keretapi mengaku tuhan

CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan bogel.

Kejadian berlaku di stesen Granville.

Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.

Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.
Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.

Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu keretapi terbabit.

Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment