Bakal Bapa Mertua Minta 1 Juta Like Facebook Sebagai Hantaran Mas Kahwin

Sana’a: Seorang pemuda Yaman yang melamar kekasihnya terkejut apabila bakal bapa mentua menyuruhnya mendapatkan sejuta ‘like’ di Facebook (FB) sebagai mas kahwin.Salim Ayyash meminta lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Osama menulis perkataan ‘like’ sejuta kali selama sebulan dalam setiap tweet selain kepada semua rakannya di Facebook.

Bagaimanapun, Osama diberitahu jumlah ‘like’ itu mungkin diberi ‘diskaun’ sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.Salim yang merupakan personaliti Facebook terkenal di wilayah Taizz turut memberi amaran akan memantau akaun laman sosial Osama itu.
 

“Salim akan memantau aktiviti ‘online’ Osama bagi memastikan dia melaksanakannya.“Namun Salim berjanji akan membuat penilaian pada hujung bulan dan mungkin mengurangkan jumlah mas kahwin jika berpuas hati dengan kesungguhan Osama,” lapor akhbar Arab Saudi, Sada. - Agensi






Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment