Ustaz Kazim umum keluar Pas

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Muhamad Kazim Elias mengumumkan keluar PAS serta merta selepas kecewa dengan parti itu yang sering menghentam dan melabelkan dirinya dengan panggilan kurang enak dan hina. Beliau juga menafikan tindakan itu diambil bukan selepas menerima tawaran Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri.

Ditanya mengenai sama ada beliau menerima tawaran MT, Kazim menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pengumuman itu selepas ini.

Beliau juga memaklumkan berpuas hati dengan penerangan Najib berkenaan peranan dan tanggungjawabkan sekiranya berada dalam MT.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib di Parlimen sebentar tadi. Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira satu jam.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment